
Oleh: Admin
Tambunan: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Tambunan (USIA) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Puan Yati di atas kematian suaminya tiga hari lalu. Suami beliau, Allahyarham Julian telah meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalanraya. Allahyarham di katakan mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja.
Oleh: Admin

Tambunan: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Tambunan (USIA) akan menganjurkan pelbagai program sepanjang tahun ini. Program tersebut termasuklah program berkala atau jangka pendek dan jangka panjang.
Demikian menurut Ketua USIA Bahagian Tambunan pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian tersebut kelmarin. Menurut beliau, antara program yang bakal dilaksanakan adalah Program Khatan Perdana anjuran bersama dengan Yayasan Mualaf Sabah, Hari Wanita USIA Tambunan, Program Ziarah Ukhuwah, Kuliah Agama dan Karnival USIA Tambunan.
Kemaskini terakhir pada Khamis, 12 Apr 2012

Oleh: Admin
Tambunan: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Tambunan (USIA) telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya kelmarin. Mesyuarat ini merupakan yang terakhir sesi tahun ini sebelum mesyuarat pemilihan tahun depan.
Mesyuarat Agung Tahunan untuk bahagian kali ini telah diadakan di dewan serbaguna Maahad Al-Kauthar di Kampung Baru Tambunan. Mesyuarat ini juga telah diadakan serentak dengan rumah terbuka anjuran USIA Bahagiian Tambunan bersama pengurusan Maahad AlKauthar Tambunan.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Hajah Nursuhana Abdullah selaku Ahli Majlis Tertinggi USIA Pusat merangkap Ketua Wanita USIA Bahagian Tambunan. Beliau mewakili Setiausaha Agung USIA Pusat, Tuan Haji Latiff Kandok.
Kemaskini terakhir pada Selasa, 13 Sep 2011

Bersama-sama dengan sahabat akrab, Ustaz Akub Baba menuju ke Kampung Tonop yang terletak sekitar 20km daripada Pekan Tambunan. Kampung ini terletak di tepi jalan besar menuju ke Daerah Ranau.
Kehadiran ini adalah bagi melengkapkan lawatan ajk USIA Tambunan pada kesekian cawangan yang wujud. Maklumlah USIA Tambunan mempunyai cawangan sebanyak 15 buah mengikut kampung di seluruh Daerah Tambunan.
Alhamdulillah, setibanya di sana kelihatan komuniti umat muslimin dan muslimat sudah menunggu lebih awal. Difahamkan ada yang datang dari jauh antaranya kampung Tampasak Liwan, Kampung Tiang, Kampung Puntingabai dan Kampung Kirokot.
Artikel lain...
- ZIARAH WARGA KAMPUNG KIPORING
- JEJAK SAUDARA KITA
- ILMU PEMANGKIN MODAL INSAN BERKUALITI
- USIA TAMBUNAN AKAN TERUS DIMANTAPKAN
- MESYUARAT AGUNG TAHUNAN USIA TAMBUNAN 2010
- ZIARAH SAHABAT SEPERJUANGAN
- KEMBARA RAHMADAN BELIA USIA DI TAMBUNAN
- ERATKAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM-DATUK NASIR TUN SAKARAN
- DATUK NASIR MEMUJI LANGKAH USIA TAMBUNAN MEMANFAATKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
- PROGRAM HALAQAH KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN
- MESYUARAT AGUNG TAHUNAN USIA TAMBUNAN PADA 8 MEI 2010
- USIA ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
- USIA PASTIKAN LEBIH RAMAI AHLI DIBERI LATIHAN
- USRAH MEMANTAPKAN JATIDIRI SAUDARA MUSLIM
Muka Surat 1 daripada 11
Carian
Sukarelawan
Undian
Enjin Carian pilihan anda
(Sebanyak 25 undian telah dibuat)
Siapa Online
Pelawat
Statistik
Kandungan : 65
Pautan Web : 63
Hit paparan Kandungan : 52290
Login
Tarikh
28 Jamadil Akhir 1433
Komen Terbaru
- ERAKITA bagi MESYUARAT AGUNG TAHUNAN USIA TAMBUNAN PADA 8 MEI 2010
- Alphonsus L.L bagi PROGRAM HALAQAH KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN
- mohd yassin bagi USIA PASTIKAN LEBIH RAMAI AHLI DIBERI LATIHAN
- Shahrom Hj Mohd Jad bagi 18 SEPT 2009: BIRO KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL USIA TAMBUNAN MELAWA...
- Mohd Yassin bagi TERUSKAN GERAKAN DAKWAH TAHUN INI: DATUK HAJI ABDULLAH HUSSIN













